Blog Nuha Hayati

Resepi Kek Butter Paling Senang

Resepi kek, resepi kek tiramisu, resepi kek butter, resepi kek red velvet, resepi kek cawan, resepi kek marble, resepi kek gula hangus, resepi kek coklat, resepi kek pisang.

Senang rupanya buat kek asas ni (Kek Butter). Bahan-bahan yang diperlukan cuma 5 jenis saja. Asal mahu cuba, inshaAllah ada hasilnya.

Assalamualaikum & hai.

Sebagai seorang amatur, nuha rasa sangat gembira bila cubaan pertama buat kek asas ni menjadi. Rasa nak melompat bintang.

Baca: Resepi Ayam Kukus Sedap Lagi Berkhasiat Versi Nuha

Seperti biasa, resepi tersedia di google. Kumpulkan bahan-bahan, panaskan ketuhar dan mula mencampur-adukkan bahan-bahan.

BAHAN-BAHAN UNTUK RESEPI KEK BUTTER PALING SENANG:

1) 250 Gram butter
2) 1 Cawan gula
3) 2 Cawan tepung gandum
4) 1 Sudu besar esen vanila
5) 4 Biji telur

Resepi Kek Butter Paling Senang
* Nuha guna 3/4 cawan gula saja (memang tak mahu manis - Nuha guna gula pasir yang dikisar halus).

Baca: Resepi Ais Krim Buah Straberi

Cara-caranya:

1) Kacau gula dan butter sehingga kembang/ ringan.
2) Masukkan esen vanila. Kacau.
3) Masukkan telur sebiji demi sebiji. Kacau.
4) Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan teruskan mengacau adunan sehingga sebati.

Nuha tambahkan sedikit serbuk koko untuk dapatkan warna gelap. Nuha lebih suka rasa koko berbanding rasa dan warna butter semata-mata.

5) Tuangkan adunan ke dalam bekas pembakar. Masukkan adunan ke dalam pembakar pada suhu 180°c selama 60 minit.

60 minit yang mendebarkan. Habis tempoh membakar nuha terus keluarkan dari bekas pembakar. Tengok dari sisi kek... "macam menjadi je kek aku ni"

Resepi Kek Butter Paling Senang
Panas-panas tu nuha potong, tunggu hingga sejuk dan terus bagi little Dahlea rasa. Alhamdulillah, texture menjadi, rasa ok (memang tak mahu manis) dan little Dahlea suka. Petang tu suami balik kerja, terus nuha hidangkan untuk minum petang.

Resepi Kek Butter Paling Senang
Seronok sangat bila apa yang kita cuba buat menjadi dan disukai ahli keluarga. Selamat mencuba..!

Baca: Resepi Kuih Bakar Versi Nuha

Hubungi nuha untuk konsultasi penyusuan susu ibu & kesihatan, produk Shaklee, atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee.

Baca: Promosi Shaklee April 2015

Nuha
017-4991289 (sms/ whatsapp)
SID1017481
FB: nuha hayati
IG: hayati_nuha 
#shakleetrustedagent

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas kunjungan anda ke blog Nuha. Komen-komen positif dan membina adalah amat dialu-alukan. Terima kasih.

Adbox