Blog Nuha Hayati

7 Kelebihan Buat Bisnes Shaklee Berbanding Bisnes Lain

Banyak kelebihan bisnes Shaklee yang Nuha nampak sepanjang lebih 6 tahun Nuha bersama dengan Shaklee. Alhamdulillah lebih daripada separuh dekad dengan bisnes Shaklee, kalau bisnes Shaklee banyak kekurangannya tak mungkin Nuha akan bertahan sebegini lama dengan bisnes ini. Harini Nuha akan kongsikan kelebihan buat Bisnes Shaklee yang memaksa Nuha masih teguh bertahan hingga kini.

7 Kelebihan Buat Bisnes Shaklee Berbanding Bisnes Lain
7 Kelebihan Buat Bisnes Shaklee Berbanding Bisnes Lain
Gambar dari: salesforce.com

7 KELEBIHAN BUAT BISNES SHAKLEE BERBANDING BISNES LAIN

Dalam entri ini Nuha tak akan memburuk-burukkan bisnes lain sebab pada Nuha setiap bisnes ada kekuatan dan kelebihan masing-masing. Nuha pun tak pernah cuba buat bisnes lain selain Bisnes Shaklee ni. Nah Nuha kongsikan 7 kelebihan buat Bisnes Shaklee berbanding bisnes lain.

1) KEKUATAN BISNES SHAKLEE PADA PRODUKNYA

Sebagai peniaga, kita mesti nak jual produk yang terbaik. Shaklee ada produk-produk hebat yang selamat, terbukti dan berkesan.

PRODUK SHAKLEE SELAMAT
Bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan produk-produk Shaklee dipilih secara teliti untuk memenuhi standard yang tinggi bagi menjamin bahawa semua produk Shaklee adalah selamat.

TERBUKTI
Para saintis Shaklee sentiasa mencari bahan dan ramuan tulen dan mujawab dari alam semula jadi, membuat semakan terbitan saintifik dan melakukan kajian mereka sendiri untuk mengesahkan keberkesanan sesuatu bahan.

BERKESAN
Keberkesanan produk Shaklee telah dibuktikan melalui Kajian Suplemen Pemakanan Shaklee - satu kajian penanda aras yang telah menunjukkan bahawa mereka yang mengambil suplemen Shaklee memiliki kesihatan yang jauh lebih baik berbanding mereka yang mengambil multivitamin jenama lain atau tidak mengambil apa-apa suplemen.

Dengan produk yang syarikat sediakan, kami para pengedarnya tak perlu pening kepala nak buat R&D bagai. Produk terbaik sudah tersedia, kami cuma pasarkan dan berkongsi kebaikan produk-produk Shaklee kepada orang ramai.

Baca: 7 Sebab Kenapa Suri Rumah Wajib Buat Bisnes

2) POTENSI PELANGGAN REPEAT ORDER SANGAT TINGGI

Selain produk penjagaan diri, kecantikan dan penjagaan rumah, Shaklee menawarkan banyak produk pemakanan sihat. Pengguna mengamalkan suplemen-suplemen setiap hari. Sama seperti makanan-makanan lain, sampai masa suplemen akan habis.

Dengan manfaat kesihatan yang diperolehi daripada pengambilan produk-produk suplemen Shaklee, potensi pelanggan-pelanggan untuk sentiasa repeat order adalah sangat tinggi.

3) GANJARAN BISNES YANG MEMUKAU

Shaklee menawarkan ganjaran tunai (cash) dalam pelbagai kategori tidak termasuk untung runcit. Semua pengedar Shaklee berpeluang untuk menikmati Personal Bonus, Net Personal Bonus, Leadership Bonus dan Coordinator Bonus.

Baca: 3C Janjikan Bisnes Shaklee Luar Biasa

Selain cash bonus, ada lagi insentif kereta dan trip percutian percuma untuk mereka yang layak. Alhamdulillah, Allah dah lorongkan Nuha dengan pilihan yang sangat tepat iaitu memilih untuk buat Bisnes Shaklee. Segala peluang dan ganjaran sudah tersedia cuma perlu rajin-rajin berusaha dengan sabar dan solat sahaja.

Nuha percaya semua bucket list Nuha bakal tercapai melalui Bisnes Shaklee, InshaAllah. Awak ada bucket list sendiri kan, jom hit satu persatu bucket list awak bersama Shaklee!

Baca: Rahsia Capai Bucket List dengan Incentive Trip Shaklee

4) BISNES SHAKLEE DI MANA-MANA

Bisnes Shaklee boleh dilakukan di mana sahaja Nuha berada. Balik kampung bisnes masih on, pergi kemana-mana tetap boleh kendalikan bisnes seperti biasa sebab Shaklee dah sediakan sistem online yang lengkap bagi memudahkan kami semua.

Semua urusan buat pesanan boleh dibuat bila-bila masa selagi Nuha bersama dengan rangkaian internet. Mudah sangat!

5) GAJI ONTIME TAK PERNAH LEWAT

Pernah Nuha tanya pada seorang kawan "kenapa awak dah tak buat bisnes XX tu?". Jawapannya sebab syarikat ada masalah nak bayar komisyen. Allah.

Bila kita dah letak usaha dan kita tahu yang kita akan dapat ganjaran hasil titik peluh tu, tentu lah kita mengharap dan nak kan hak kita tu.

Baca: Nak Buat Side Income RM2000 Sebulan?

Alhamdulillah sepanjang 6 tahun Bisnes Shaklee ni belum pernah walau sehari syarikat masukkan bonus lambat dari 15 hari bulan. Lebih awal dari yang sepatutnya adalah. 

Kadang-kadang 13 hari bulan dah masuk bonus bulan lepas dalam akaun. Syukur sangat sebab buat bisnes dengan syarikat yang mantap macam ni. 

6) BISNES SHAKLEE ADA PENYATA BONUS

Ini satu kelebihan besar yang Shaklee tawarkan sebab bukan semua bisnes ada "slip gaji". Biasanya orang berniaga ni takkan ada slip gaji sebab dialah majikan, dialah pekerja.

Kalau ada urusan yang perlukan slip gaji, perlu dapatkan pengesahan pendapatan daripada individu tertentu. Tapi dengan Shaklee tak perlu susah-susah macam tu dah sebab syarikat ada sediakan penyata bonus

Dengan penyata bonus ini, ramai pengedar Shaklee berjaya lulus untuk buat pinjaman beli rumah, kereta dan lain-lain. 

Bukan biasa-biasa kan Bisnes Shaklee ni? 

7) TIDAK BERSEORANGAN, BISNES SECARA BERKUMPULAN

Buat bisnes ada cabarannya yang tersendiri. Dengan bisnes Shaklee, segala masam masim dan pahit cabaran bisnes Nuha tak tanggung sendirian. 

Masalah sebesar mana pun, kalau dapat dikongsi dengan individu yang sehaluan dan memahami pun dah rasa lega sangat. 

Nuha sentiasa ada mentor bisnes sebagai rujukan dan tempat untuk mengadu cabaran bisnes. Alhamdulillah, berada di bawah #TeamJutawan banyak membantu Nuha untuk dapat info-info pemasaran terkini, Produk-produk dan sokongan motivasi sesama ahli kumpulan. 

Nuha juga ada Organisasi Bisnes Shaklee sendiri iaitu Team Excellenters. Sama macam #TeamJutawan buat, Nuha aplikasikan perkara yang sama kepada downline-downline Nuha.

Baca: 4 Sebab Best Awak Mesti Join #TeamJutawan

Tulah dia 7 kelebihan buat Bisnes Shaklee yang Nuha dah rasa. Sebenarnya ada banyak lagi kelebihan buat Bisnes Shaklee yang Nuha nak kongsi. InshaAllah di entri lain. Hubungi Nuha untuk pertanyaan lanjut tentang kelebihan bisnes Shaklee ini dan sertai Team Excellenters bersama-sama Nuha.

Nuha
Pengedar Shaklee Sejak 2013
Contact: 017-4991289 
FB: Nuha Hayati
IG: nuha.hayati

1 comment:

  1. Saya juga telah buat business Shaklee selama 2 tahun dah...

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan anda ke blog Nuha. Komen-komen positif dan membina adalah amat dialu-alukan. Terima kasih.

Adbox