Blog Nuha Hayati

Saya Berjaya Turunkan Berat Sebanyak 3.6kg Dan 11.5inci Dalam Masa 9 Hari

Menurunkan berat badan dan kekal kurus pada berat badan ideal bukanlah suatu yang mustahil kalau kena dengan ilmu dan gayanya. Program Jom Detox Jutawan menjanjikan penurunan berat badan yang sebenar dan bukan cakap-cakap kosong.

Program Jom Detox Jutawan
Jom Detox Jutawan Program Penurunan Berat Badan Sebenar

Kami sudah mempunyai rekod seramai 36 orang peserta Program Jom Detox Jutawan yang berjaya turun berat sebanyak 10kg dan ke atas dalam masa 17 hari dan jumlah berat badan yang berjaya diturunkan melebihi 3000kg, iaitu 3 tan! Awak boleh dapatkan bacaan lanjut tentang 11 Perbezaan Program Jom Detox Jutawan Berbanding Program Kurus lain.

Baca juga: 5 Testimoni Bukti Kejayaan Program Jom Detox Jutawan

Dalam entri ini Nuha akan berkongsi pengalaman Mentor Bisnes Shaklee Nuha iaitu Master Sharifah Farina sebagai salah seorang peserta Program Jom Detox Jutawan batch 16.0 yang telah bermula pada 1 Oktober 2019 lepas.


MENTOR BISNES SAYA BERJAYA TURUN BERAT SEBANYAK 3.6KG DAN PENGURANGAN INCI BADAN SEBANYAK 11.5 INCI DENGAN PROGRAM JOM DETOX JUTAWAN 16.0

Mesra dengan panggilan Master Farina, beliau berumur 42 tahun dengan berat sebelum berdetox 64.9kg dan tinggi 160cm. Fokus utama beliau berdetox dengan Program Jom Detox Jutawan adalah untuk menurunkan berat badan, mengempiskan perut dan untuk mendapatkan tubuh yang lebih fit.

Master Farina sukakan makanan manis macam kek, donut, aiskrim, makanan-makanan masin, kopi 3 dalam 1 ataupun ditambah dengan susu pekat.

Beliau berazam untuk mengurangkan pengambilan gula dan mengamalkan tabiat pemakanan yang lebih baik selepas tamat program detox.

Baca: Detox untuk Kurus Tapi Hakikatnya Dapat Lebih Lagi

Program Jom Detox Jutawan
Master Farina hilang 2.5kg pada hari ketiga detox

Seisi keluarga menerima dengan baik rancangan Master Farina untuk berdetox. Suami awal-awal lagi dah bersedia kalau-kalau ada berlaku swing mood semasa beliau berdetox tapi alhamdulillah perkara tu tidak berlaku.

Anak-anak hairan tengok Umi mereka makan sayur je di awal-awak hari detox. Mereka pun nak rasa sekali.

Inilah yang bagusnya apabila perkara yang baik dibawa masuk ke dalam keluarga. Pendedahan awal anak-anak kepada pemakanan sihat dan berkhasiat penting untuk memandu mereka ke arah gaya hidup yang sepatutnya.

Baca: 3 Gaya Hidup Sihat dengan Jom Detox Jutawan

Program Jom Detox Jutawan
Menu Detox Hari Kedua - Sup Sayur

Antara pengalaman berdetox tak dapat dilupakan apabila saya mengalami sakit kepala yang sangat teruk di hari pertama dan kedua berdetox. Kalau dulu bila diserang sakit kepala tangan akan laju je capai panadol, tapi sekarang tak lagi sebab dah makin faham apa yang sedang berlaku kepada tubuh badan yang sedang "dibersihkan". Jadi apa yang saya buat ialah bertahan dengan tindak balas badan ni. 

Ada juga saya terjaga waktu tengah malam sebab lapar. Tapi saya bersabar dan bertahan je. Demi mendapatkan "tubuh badan baru" yang pastinya lebih hebat! 

Saya rasa tak percaya bila naik atas penimbang berat dah mula turun walaupun masa tu baru fasa predetox. Tak mula detox pun lagi!

Pertama kali saya menikmati salad sayur-sayuran dengan dressing salad buatan sendiri daripada resepi sihat yang dikongsikan oleh Coach Detox. 

Program Jom Detox Jutawan
Menu Detox Hari Ketiga Master Farina

Ini pengalaman pertama saya berdetox secara berkumpulan dengan Program Jom Detox Jutawan. Program ni sangat meriah dan saya rasa seronok dapat berkongsi update terkini tentang penurunan berat badan dan menyaksikan sendiri kawan-kawan detox yang sama-sama sedang mengalami penurunan berat. Memang best!

Hari ini hari ke 14 Program Jom Detox Jutawan 16.0. Ada tiga hari lagi sebelum tamat program, para peserta sedang mengikuti fasa Post-Detox. Dalam beberapa hari ni peserta-peserta didedahkan dengan topik-topik kesihatan dan pemakanan sihat seperti amalan eat clean, keperluan untuk melakukan detox secara berkala dan peluang penyertaan semula program detox bagi alumni program ini.

Baca: Bagaimana Nak Join Program #JomDetoxJutawan

Jom Detox Jutawan
Gambar Sisi Master Farina Pada Hari Pertama dan Hari ke-14
Program Jom Detox Jutawan 

Kepada yang berminat untuk mengetahui lanjut tentang Program Jom Detox Jutawan dan ingin menyertainya, awak boleh menghubungi Nuha di nombor telefon yang tertera.

Nuha
Pengedar Shaklee Sejak 2013
Contact: 017-4991289
FB: Nuha Hayati
IG: nuha.hayati

2 comments:

Terima kasih atas kunjungan anda ke blog Nuha. Komen-komen positif dan membina adalah amat dialu-alukan. Terima kasih.

Adbox