Blog Nuha Hayati

Malaysia Negara Paling Gemuk di Asia

Tak hairan kalau negara kita menang juara sebagai negara paling gemuk di Asia. Tengok saja mana-mana kita pergi kiri kanan kita dikelilingi dengan makanan yang sedap-sedap. Ini hakikat yang tidak dapat dibanggakan sebaliknya sangat menakutkan. Kita redha dengan fakta ini atau nak lakukan sesuatu?

MALAYSIA NEGARA PALING GEMUK DI ASIA

Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad mengajak rakyat Malaysia meluangkan lebih banyak masa secara berterusan untuk menjalani gaya hidup sihat khususnya bersenam.

Malaysia Negara Paling Gemuk Asia Tenggara
Berbanggakah Kita Dalam Merangkul Gelaran Juara Negara Paling Gemuk Asia Tenggara?
Gambar dari: nutrilite.com.my

Katanya, gaya hidup sihat adalah langkah pencegahan terbaik penyakit tidak berjangkit (NCD) yang kian meningkat di Malaysia.

Berat badan berlebihan dan obesiti merupakan faktor risiko utama yang sering dikaitkan dengan penyakit kronik seperti diabetes dan penyakit kardiovaskular.

Statistik yang diperoleh melalui Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) pada 2015 menunjukkan bahawa Malaysia telah menjadi sebuah negara obes, di mana seorang dalam dua orang dewasa mempunyai berat badan berlebihan atau obes.

Ini sekaligus menjadikan Malaysia sebagai salah sebuah negara paling gemuk di Asia, dengan jangkaan populasi yang berlebihan berat badan sebanyak 33 peratus dan obesiti sebanyak 18 peratus, katanya.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan Karnival Food-Fit-Fun sempena Bulan Pemakanan Malaysia di IOI City Mall, Putrajaya.

Malaysia Negara Paling Gemuk
Dr Dzulkefly Semasa Perasmian Karnival Food Fit Fun
Gambar dari: sinarharian.com.my

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/24891/SISIPAN/Sinar-Aktif/Isu-obesiti-Malaysia
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Baca: 3 Gaya Hidup Sihat dengan Jom Detox Jutawan

Semestinya negara kita sangat unik dengan penduduk yang terdiri daripada pelbagai kaum. Lain kaum lain makanannya. Orang Melayu boleh makan roti canai, Kaum Cina boleh menikmati nasi lemak. Itu baru makanan tempatan. Restoran-restoran francais antarabangsa pun tidak kurang banyaknya. Pilih saja nak makan yang mana satu.

Tak hairan kan kenapa Malaysia digelar syurga makanan. 

Sebenarnya makanan tak salah. Betul, ada makanan yang berkhasiat ada juga makanan yang tidak berkhasiat, tapi yang menjadi kesalahan adalah pada tuan badan yang memilih untuk makan makanan tidak berkhasiat, tinggi kalori, tinggi lemak, tinggi gula, tinggi pewarna, pengawet dan segala macam perasa tiruan berbanding makanan-makanan sihat.

Sudahlah corak pemakanannya begitu, ditambah pula dengan budaya makan lewat malam. Mana yang dah berkeluarga tu angkut sekali anak-anak kecil keluar makan lewat malam. Rutin seharian sangat padat menyebabkan kekangan masa untuk melakukan aktiviti fizikal.

Punca utama kepada pelbagai penyakit adalah disebabkan pemakanan. Ramai antara kita tahu akan kesannya apabila corak pemakanan diabaikan namun sejauh mana kita mahu dan sanggup merubah diet kita kepada yang lebih baik untuk mendapat kesihatan yang lebih baik.

Dengan kesedaran yang ada, Shaklee Malaysia telah memulakan kempen Jom Detox sebagai salah satu langkah untuk "melahirkan semula tubuh badan yang lebih sihat". 

Detox bererti kita mengurangkan beban toksik yang terkumpul di dalam badan dan mengekalkan prestasi organ detox dalam badan.

Pemakanan adalah salah satu daripada lima saluran utama toksin yang perlu diberi perhatian. Makanan yang diproses mengandungi bahan pengawet, perasa dan pewarna tiruan dan racun biasanya terdapat di dalam hidangan harian kita dan ini mendedahkan kita kepada bahan kimia dan toksin.

Baca: Kenapa Semua Orang Perlu Detox

Sekarang ni Nuha nak ajak kita semua untuk sama-sama mulakan langkah ke arah gaya hidup yang lebih baik dengan menyertai Program Jom Detox Jutawan. Kalau kita sebagai tuan badan tak jaga kebajikan badan mulai sekarang, siapa lagi yang kita nak harapkan. Bila lagi nak mula berjaga-jaga?

Baca: 7 Masalah Kesihatan Selesai dengan Detox


Mencegah sentiasa lebih baik daripada mengubati.
Hubungi Nuha sekarang untuk mengetahui lanjut tentang detox dan daftar penyertaan Program Jom Detox Jutawan.

Nuha
Pengedar Shaklee Sejak 2013
Contact: 017-4991289
FB: Nuha Hayati
IG: nuha.hayati

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas kunjungan anda ke blog Nuha. Komen-komen positif dan membina adalah amat dialu-alukan. Terima kasih.

Adbox