Blog Nuha Hayati

Kegemukan Punca Sakit Kronik

Menurut Pakar Perubatan, Dr. Nurhalina Azly Minhat, obesiti ialah keadaan apabila berat melebihi BMI 30 (Indeks Jisim Tubuh) (Formula Kiraan BMI = berat (kg)/tinggi (m) x tinggi(m). Jika seorang itu mempunyai BMI melebihi 30, risiko untuk mendapat penyakit kronik akan meningkat. Antara penyakit-penyakit kroniknya ialah serangan jantung, angin ahmar, tekanan darah tinggi, sakit lutut dan sendi, penyakit gout, kolesterol tinggi, kerosakan hati serta penyakit metabolik seperti kencing manis.

KEGEMUKAN PUNCA SAKIT KRONIK

Program Jom Detox Jutawan
Gemuk Punca Sakit Kronik
Gambar dari: hishandsclinic.org

Apabila berat badan bertambah, lemak di dalam badan terkumpul bukan sahaja di bawah kulit namun di bahagian luar organ seperti jantung dan usus yang dikenali sebagai lemak visceral.

Lemak visceral menyebabkan risiko serangan jantung. 

Paras kolesterol yang tinggi di dalam darah boleh menyebabkan saluran darah ke jantung dan otak tersumbat yang akhirnya menyebabkan serangan jantung dan angin ahmar.

Lemak yang berlebihan juga boleh menyebabkan kerosakan hati (fatty liver) di mana hati dipenuhi dengan lemak dan liver cirrhosis iaitu hati yang keras dan tidak berfungsi. Hati merupakan organ kumuh bagi lemak. Apabila berat semakin bertambah, sendi-sendi utama seperti lutut tidak dapat menampung berat badan dan mula mengalami sakit lutut.

Obesiti yang berpunca daripada pemakanan yang tidak seimbang dan tiada senaman menyebabkan hormon endokrin yang tidak stabil.

Selepas makan makanan berkarbohidrat tinggi, paras gula meningkat secara mendadak. Organ pankreas akan mengeluarkan hormon insulin dengan banyak untuk mengawal gula dalam darah. Hormon insulin berfungsi memindahkan gula yang beredar di dalam darah ke dalam sel. Namun demikian, jika paras insulin sentiasa tinggi, badan akan mengalami insulin resistance iaitu suatu keadaan di mana insulin tidak dapat berfungsi dengan baik untuk menyimpan gula seterusnya meningkatkan paras gula dalam darah dikenali sebagai diabetis atau penyakit kencing manis.

5 CARA MENCEGAH OBESITI

1) Elakkan makan berlebihan serta mengambil makanan bergula dan berkanji seperti nasi putih, roti, tepung dan mi. Pilihlah beras basmati, beras perang dan roti serat tinggi. Lebihkan protein seperti dada ayam, daging tanpa lemak dan ikan. Lebihkan sayuran dan buah-buahan seperti epal, oren, jambu batu, limau bali dan berri. Pilih makanan yang mengandungi indeks glisemik rendah.

2) Kurangkan penggunaan minyak sewaktu memasak. Gunakan kaedah stim, bakar atau rebus sewaktu memasak.

3) Tukarlah gula kepada stevia iaitu sejenis daun yang rasanya manis.

4) Bersenam lebih kurang 10 - 30 minit dengan kekerapan selang sehari.

5) Berpuasa 2 kali seminggu membantu mengekalkan berat badan dan merehatkan usus seketika.

Sumber dari: Portal Rasmi Hospital Lahad Datu

Seseorang yang sudah mengamalkan pemakanan dan gaya hidup tidak sihat untuk jangka masa yang lama tentunya akan mengalami kejutan yang sangat teruk jika secara tiba-tiba terpaksa merubah corak pemakanan, makanan kegemaran dan tambahan aktiviti fizikal yang memenatkan dan menyakitkan badan.

Tapi jika sekecil-kecil perubahan tidak dimulakan daripada sekarang, apalah nasib tubuh badan kita 5 - 10 tahun akan datang?

Bagi awak yang terlibat dengan masalah kegemukan dan obesiti, Nuha cadangkan awak untuk mulakan langkah mudah dengan menyertai Program Jom Detox Jutawan. Detox adalah ibarat kita melakukan servis "overhaul" kereta. Bayangkan kereta mewah berprestasi tinggi, sangat laju menyusur di jalan raya. Sehebat mana pun kereta tersebut jika tidak diservis dengan baik ia akan meragam juga akhirnya.

Program anjuran #TeamJutawan ini melibatkan proses 17 hari mengeluarkan toksin daripada badan dan menyalurkan semula zat-zat padu kedalam tubuh badan. Dalam masa 17 hari ini, para peserta akan dibantu dan dipantau oleh coach detox yang berpengalaman, menu sihat detox dan senarai barang dapur semuanya diberikan kepada para peserta.

Peserta-peserta Program Jom Detox Jutawan juga akan diajar dengan teknik-teknik senaman mudah yang boleh dilakukan sendiri di rumah masing-masing. Program ni sangat santai dan menyeronokkan sebab aktiviti detox dilakukan secara beramai-ramai. Awak tidak akan terasa seperti diseksa sepanjang mengikuti program. 

Baca: 7 Manfaat Detox dan Kelebihan Program Jom Detox Jutawan

Kami mempunya rekod yang mantap dalam membantu 36 individu untuk menurunkan 10 kilogram berat badan secara sihat dan selamat.

Turun 10kg Dengan Program Jom Detox Jutawan
Turun 10kg Dengan Program Jom Detox Jutawan

Baca: 5 Testimoni Bukti Kejayaan Program Jom Detox Jutawan

Untuk makluman, pengambilan Program Jom Detox Jutawan 16.0 sudah dibuka. Program akan bermula pada 15 Oktober ini. Kepada yang berminat untuk mulakan langkah baru untuk badan yang lebih sihat, awak boleh hubungi Nuha untuk pendaftaran segera.

Nuha
Pengedar Shaklee Sejak 2013
Contact: 017-4991289
FB: Nuha Hayati
IG: nuha.hayati

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas kunjungan anda ke blog Nuha. Komen-komen positif dan membina adalah amat dialu-alukan. Terima kasih.

Adbox