Assalamualaikum & hai.
SUSU IBU: KEPERLUAN MINUM AIR KETIKA BERPANTANG
Air sering menjadi topik salah faham antara anak dan menantu. Apabila berpantang ibu mertua sangat-sangat sensitif tentang air.
Bukan setakat ibu mertua, ada kala ibu sendiri pun melarang anak yang berpantang dari minum air secukupnya. Termasuklah ibu Nuha semasa Nuha berpantangkan Ez-Zahra Dahlea dulu.
Menurut ibu jika minum lebih air boleh sebabkan rahim kembang dan perut buncit.
Itu belum nenek campur tangan ketika cucu berpantang. Ada cucu terpaksa curi-curi minum air!
Susu Ibu: Keperluan Minum Air Ketika Berpantang
Bagi ibu menyusu, pengambilan antara 8 - 10 gelas air diperlukan bagi memastikan proses penghasilan susu tidak terganggu. Walau bagaimanapun, jumlah 8 - 10 gelas air ini tidak terhad kepada semua ibu.
Ada ibu memerlukan lebih daripada anggaran ini.
Selain minum air masak, ibu juga disarankan minum jus buah-buahan yang segar seperti epal, dan sayuran seperti lobak merah.
Hubungi Nuha untuk konsultasi penyusuan susu ibu dan kesihatan, produk Shaklee, atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee.
Nuha
017-4991289 (call/ whatsapp/ telegram)
Shaklee ID: 1017481
FB: nuha hayati
IG: rakan_penyusuan_susu_ibu
org dlu2 bagi minum sehari 1 gelas je tu pun sikit2
ReplyDeletetapi zaman skank berbotol botol org minum
petua org dlu mcm di saintifik kan :)
bukan semua tak di guna pakai tp mana yg tak betul tu kita alter :)