Blog Nuha Hayati

Senarai Keperluan Bayi Baru Lahir

Senarai semak keperluan bayi baru lahir, senarai keperluan ibu untuk ke hopital, senarai keperluan bayi di hospital, keperluan bayi baru lahir, senarai keperluan ibu semasa berpantang, senarai keperluan bayi, dan keperluan ibu dan bayi baru lahir.

Assalamualaikum & hai.

Sebelum ini nuha dah kongsi Senarai Keperluan Ibu dan Bayi ke Hospital.

Baca: Senarai Keperluan Ibu dan Bayi ke Hospital

Hari ini, nuha nak kongsi Senarai Keperluan Bayi Baru Lahir pula. Ibu-ibu dan bakal-bakal ibu boleh cetak entry ini dan jadikan senarai semak ya.

SENARAI KEPERLUAN BAYI BARU LAHIR

Senarai Keperluan Bayi Baru Lahir
Senarai Keperluan Bayi Baru Lahir
1. PAKAIAN BAYI

1. Pakaian (Pijama 2 pasang, baju lubang-lubang 2 pasang, romper 6 helai, baju dan seluar panjang 2 pasang)
2. Sarung tangan dan sarung kaki 3 pasang
3. Topi sehelai
4. Napkin 10 helai
5. Bedung bertopi 2 helai
6. Sapu tangan 3-4 helai
7. Barut 4-5 helai

* Pakaian tidak perlu banyak. InshaAllah ada rezeki bayi anda, saudara-mara dan sahabat handai akan hadiahkan banyak pakaian. Boleh beli pakaian saiz 6 bulan - 1 tahun terus kerana bayi cepat membesar.

2. DIAPERING

1. Lampin pakai buang saiz newborn 1 pack.
2. Tisu basah/ wet wipes
3. Tikar alas tukar lampin/ Nappy changing mat 
4. Sabun cuci pakaian

* Elak beli terlalu banyak lampin pakai buang saiz newborn sebab bayi anda akan cepat membesar

3. KEPERLUAN PENJAGAAN BAYI

1. Losyen bayi
2. Minyak bayi
3. Bedak bayi
4. Pemotong kuku bayi
5. Sikat/ berus rambut
6. Minyak panas
7. Putik kapas/ cotton bud
8. Bola kapas (untuk bersihkan tali pusat bayi)
9. Krim lampin/ nappy cream (optional)
10. Tungku/ tuam bayi (boleh buat sendiri)
11. Set tilam bayi
12. Kelambu bayi
13. Selimut bayi (boleh guna bedung/ napkin)

* Losyen, minyak, bedak boleh sediakan dalam bentuk travel pack sahaja. InshaAllah akan dapat banyak hamper yang ada tiga keperluan ini.

4. KEPERLUAN MANDI

1. Tuala mandi 3 helai
2. Tab/ besen mandi
3. Sabun mandi & syampoo bayi

* Sabun mandi, syampoo (toiletries) boleh sediakan dalam bentuk travel pack sahaja. InshaAllah akan dapat banyak hamper yang ada keperluan-keperluan ini.

Senarai Keperluan Bayi Baru Lahir
Senarai Keperluan Bayi Baru Lahir
Baca: Tawaran Vitalea Percuma

Hubungi nuha untuk konsultasi penyusuan susu ibu & kesihatan, produk Shaklee, atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee.

Baca: Promosi Shaklee Mei 2015

Nuha
017-4991289 (sms/ whatsapp)
SID1017481
FB: nuha hayati
IG: hayati_nuha 
#shakleetrustedagent

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas kunjungan anda ke blog Nuha. Komen-komen positif dan membina adalah amat dialu-alukan. Terima kasih.

Adbox