Blog Nuha Hayati

Senarai Keperluan Ibu dan Bayi Ke Hospital

Senarai semak keperluan bayi baru lahir, senarai keperluan ibu untuk ke hopital, senarai keperluan bayi di hospital, keperluan bayi baru lahir, senarai keperluan ibu semasa berpantang, senarai keperluan bayi, dan keperluan ibu dan bayi baru lahir.

Assalamualaikum & hai.

Setelah melalui pengalaman yang sama sebagai bakal ibu, suatu ketika dulu nuha turut terpinga-pinga tentang keperluan yang perlu disediakan untuk diri sendiri dan anak yang bakal dilahirkan.

Senarai Keperluan Ibu dan Bayi Ke Hospital
Senarai Keperluan Ibu dan Bayi Ke Hospital
Jadi dengan rasa gembira nuha kongsikan kepada ibu-ibu dan bakal ibu senarai keperluan ibu dan bayi yang baru lahir untuk rujukan anda.

SENARAI KEPERLUAN IBU DAN BAYI KE HOSPITAL

SENARAI KEPERLUAN IBU KE HOSPITAL

1. Martenity pad 10 keping
2. Tuala mandi dan alatan mandi
3. Selipar (untuk ke tandas)
4. Sweater sehelai
5. Stokin panjang sepasang
6. Tudung sehelai
7. Nursing bra 2 helai
8. Seluar dalam pakai buang 6 helai
9. Termos, botol air masak, cawan, sudu & garfu, pinggan dan minuman segera penambah tenaga (nuha gemar minum ESP), air zamzam, kurma
10. Pakaian untuk pulang ke rumah (tudung, kain batik & baju mesra menyusu)

* Kuantiti setiap keperluan adalah bergantung kepada tempoh ibu berada di hospital. Boleh bawa lebih atau minta suami bawa semasa datang melawat.

SENARAI KEPERLUAN BAYI KE HOSPITAL

1. Lampin pakai buang 6 keping
2. Baju bayi 5 pasang
3. Sarung tangan dan kaki 3 pasang
4. Tuala mandi sehelai
5. Minyak panas
6. Barut bayi 2 helai
7. Bedung bertopi sehelai
8. Tisu basah 1 packet
9. Napkin 2 helai

* Kuantiti setiap keperluan adalah bergantung kepada tempoh bayi berada di hospital. Boleh bawa lebih atau minta suami bawa semasa datang melawat.

* Asingkan 1 keping lampin pakai buang, sepasang baju, sarung tangan dan sarung kaki, bedung bertopi (keperluan bayi) dan sehelai seluar dalam serta sekeping martenity pad (keperluan ibu) ke dalam 1 bag kecil untuk dibawa ke dalam labour room.  

Baca: Tawaran Vitalea Percuma

Hubungi nuha untuk konsultasi penyusuan susu ibu & kesihatan, produk Shaklee, atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee.

Baca: Promosi Shaklee Mei 2015

Nuha
017-4991289 (sms/ whatsapp)
SID1017481
FB: nuha hayati
IG: hayati_nuha 
#shakleetrustedagent

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas kunjungan anda ke blog Nuha. Komen-komen positif dan membina adalah amat dialu-alukan. Terima kasih.

Adbox