AKU YANG DULU BUKANLAH YANG SEKARANG
Selain dah ada tiga orang anak, Nuha nak kongsi beza diri Nuha yang dulu dengan yang sekarang lepas Nuha terlibat secara langsung dengan Shaklee.
4 Aku yang Dulu Bukanlah yang Sekarang Gambar dari: mixer.com |
DULU TAKUT BERIMPIAN, SEKARANG PUNYA IMPIAN DAN TULIS IMPIAN
Biasa kan kita dengar orang kata "dia orang ada-ada bolehlah, kita ni orang biasa-biasa mampu tengok je".
Sampai ke sudah memang akan jadi tukang tengok je.
Lepas Nuha bergiat dalam Shaklee secara serious, Nuha makin berani nak pasang impian. Uplines #TeamJutawan banyak tekankan tentang impian. Tulis impian. Kenapa perlu takut nak berimpian?
Ianya percuma. Nuha dah tulis 101 impian Nuha dalam hidup ni. Pecah-pecah kepada beberapa bahagian. Impian untuk diri sendiri, keluarga, mak ayah, bisnes, agama. Senang je impian ni. Kata kuncinya tulis tak perlu fikir logik ke tak logik, mampu atau tidak kita nak mencapainya.
Bila Nuha dah tulis impian-impian hidup, Nuha tahu yang Nuha dah selangkah ke arah impian itu.
Baca: 4 Kisah Kejayaanku Dalam Shaklee
Sebelum ni Nuha memang ada impian. Cuma impian-impian tu tak jelas sebab Nuha tak tulis dan Nuha sendiri tak tahu macam mana cara nak capai impian tu. Contohnya impian nak ke Tanah Suci Mekah tunaikan umrah. Dengan Shaklee, Nuha tahu dah macam mana Nuha boleh capai impian tersebut.
Baca: 3C Janjikan Bisnes Shaklee Luar Biasa
DULU BANYAK BUANG MASA SEKARANG LEBIH MENGHARGAI MASA
Kalau nak throwback zaman Nuha baru habis belajar dulu Ya Allah ruginya. Masa tu dok fikir baru habis belajar santai-santai dulu lepak kat rumah cari peluang kerja perlahan-lahan kayuh orang kata. Nuha banyak buang masa main game, lepak sana-sini. Memang santai habis.
Padahal tahun 2019 ni Nuha kenal ramai kawan Shaklee stok-stok student universiti dok pulun buat kerja part time jual Shaklee dengan pendapatan ribu-ribu. Jeles weh!
Baca: Kenapa Orang Muda Kena Mulakan Bisnes Dari Awal
Alahai rasa rugi sangat. Tapi tak apalah benda lepas kita takyah buang masa dok kenang lama-lama. Apa yang paling penting sekarang ni bila Nuha serious dengan bisnes Shaklee, Nuha ada "to do list" setiap hari. Walaupun duduk di rumah, kerja bertimbun-timbun tak pernah habis. Tambah dengan rutin bisnes Shaklee, memang mewajibkan Nuha untuk perancangan harian.
Dengan Shaklee Nuha lebih menghargai masa. Setiap detik yang ada tu seboleh-bolehnya Nuha akan gunakan sehabis baik ikut perancangan.
DULU BERAT MULUT SEKARANG LEBIH MESRA
Ini memang suatu kenyataan hidup seorang Nuha. Nuha bukan jenis ringan mulut nak bertegur, berbual dengan orang terutama sekali dengan orang yang Nuha tak kenal dan tak biasa. Pulak tu memang jenis muka garang, kalau tak tahu sekali lalu boleh kena cop Nuha ni sombong orangnya.
Tapi bila dah bersama Shaklee dalam #TeamJutawan, Nuha dapat rasa aura team ni bagai satu keluarga besar Nuha. Nuha kenal ramai kawan-kawan baru yang terdiri daripada uplines, downlines dan sidelines juga. Dengan ahli keluarga kita tak rasa kekok kan?
Baca: 4 Sebab Best Awak Mesti Join #TeamJutawan
Dan bila dah mula serious bisnes, jadi keperluanlah untuk Nuha kembangkang networking. Nuha perlu kenal lebih ramai kawan supaya lebih ramai orang kenal Nuha. Kata upline Shaklee, kita berkawan dengan orang bukan semata-mata untuk jual produk kita kat dia je. Kita nak kawan dia, sedara-mara dia semua kenal kita supaya satu hari nanti bila sedara-mara dia nak beli produk-produk Shaklee, mereka akan datang cari kita. Caranya?
Ringankan mulut. Berkenalan dengan lebih ramai orang. Jadi lebih mesra. Lagipun bila kita ramai kawan ni kalau ada apa-apa isu, mungkin isu tu kita boleh rujuk pada salah seorang kawan kita yang pakar dalam bidang tu.
Lagipun dalam Islam sendiri menggalakkan kita untuk bina silaturahim.
DULU TAK KISAH TENTANG NUTRISI SEKARANG LEBIH BERJAGA-JAGA
Sebenarnya ini antara sebab utama Nuha masih utuh dan setia dengan Shaklee. Ini antara perkara yang Nuha syukuri bila Nuha terjebak dengan Shaklee 6 tahun lepas. Dulu Nuha tak peka tentang nutrisi dan pemakanan. Makan ikut sedap tekak, suka minum yang manis-manis.
Mindset "aku muda aku sihat aku tak ada penyakit tak kisah nak makan apa pun".
Satu kesilapan besar Nuha bila ada mindset macam ni dulu. Sebenarnya faktor pemakananlah punca utama pelbagai penyakit hinggap di badan. Kalau waktu sihat kita tak berjaga-jaga, takkan kita nak harap bila kita dah dapat penyakit baru nak cakna bab nutrisi dan pemakanan betul tak?
Nuha hadiri banyak kelas nutrisi yang Shaklee anjurkan. Baca info-info kesihatan. Daripada situ Nuha sedar pentingnya nutrisi, pemakanan dan senaman untuk kekalkan kesihatan badan.
Dari masa ke masa Nuha tahu banyak perkara baru tentang kesihatan dan gaya hidup sihat melalui Shaklee. Dah tentu Nuha nak keluarga Nuha pun ada kesihatan yang bagus juga. Dan dengan kesedaran yang Nuha ada ni, Nuha nak keluarga besar, kawan-kawan dan lebih ramai orang prihatin tentang nutrisi dan kesihatan.
Sebenarnya ada banyak lagi yang buat Nuha berubah dengan Shaklee tapi cukuplah setakat ni perkongsian Nuha untuk kali ini. Apa pun yang kita lakukan di penghujungnya tentulah kita nakkan sesuatu yang baik dan yang lebih baik. Nuha happy, Nuha sangat bersyukur yang hidup dan cara Nuha banyak berubah asbab bisnes Shaklee.
Terima kasih sebab sudi membaca entri Nuha ni. Bagi yang berminat untuk sertai Nuha dan Team Excellenters di bawah Kumpulan besar #TeamJutawan, kehadiran awak sangat diraikan. Hubungi Nuha untuk mulakan Shaklee Lifestyle awak sekarang.
Nuha
Pengedar Shaklee Sejak 2013
Contact: 017-4991289
FB: Nuha Hayati
IG: nuha.hayati
No comments:
Post a Comment
Terima kasih atas kunjungan anda ke blog Nuha. Komen-komen positif dan membina adalah amat dialu-alukan. Terima kasih.